Penat tang mengajar anak anak... setakat tengokkan homework tu aku okay lagi la... Yang nak buat ulang kaji & belajar ni yang aku lemah... Anak aku yang sulung sekarang dah 8 tahun. Kadang tu dia balik sekolah petang almost 7pm jugak la.. Faham dia penat.. Kalau kita push dia pon nanti dia merentan, bad mood dengan kita sekali bad mood kang.. So mostly aku be gentle je dengan dia. Isnin till Selasa dia ada kelas mengaji antara jam 8PM atau 8.30pm macam tu. So, selepas waktu tu la dia akan makan ke, susun jadual sekolah & buat homework. Kalau tak ada homework memang aku bagi dia buat aktiviti bebas je. contoh main la ape yang dia nak main. TV memang aku tak bagi on time weekdays except Jumaat la sebab esoknya dah weekend kan. Rabu pulak dia ada tusyen math selama 1 jam je. Biasanya sebelum pergi tusyen aku akan suruh dia siap siap susun jadual & buat homework. Kalau homework tu susah, aku suruh dia buat balik dari tusyen. Dia akan makan selepas balik tusyen. Sebelum pegi tu dia akan makan yang ringan ringan je untuk alas perut. Ohh, 1 more thing, aku memang tak ada bagi phone kat anak anak... On weekends je bagi itu pon sangattttt jaranggg..
Aku pernah je fully attend dia untuk mengajar, tapi maaf cakap aku ni memang sabarnya senipis kulit bawang. Lame lame aku yang penat, penat sebab nak bagi dia faham, nak melayan kerenah dia, nak mengadap merengek dia. You know right budak bile dengan mak ayah dia macam mane. Tapi bila kat tempat tusyen, teacher kata dia ok je. Seeeee! Sebab tu dulu aku decide untuk hantar dia tusyen. Tapi, yela kan kite takkan la mengharapkan tusyen je semata.. Ni aku tengah fikir macam mane nak ajak dia same same study untuk exam sekolah agama nanti...
seriously aku penat nak mengadap perangai dia yang merengek tu.....
Ni pon aku taip aku baru lepas membaran dengan anak anak aku.. Benda simple je tapi yela dah hadap dari pagi sampai ke malam, haaa memang merentan la aku.. Tapi takde la tahap aku tibai dia sampai mendera tu. Paling tak pon aku halau je masuk tido dua dua tu...
ok laaaaa... byee
No comments:
Post a Comment