February 9, 2012

Kehidupan sebagai students




Dah 4 bulan aku bergelar pelajar kolej dan sekarang aku tengah cuti sem. Pertengahan bulan 2 nanti, aku akan naek sem 2. Pejam celik pejam celik , dah habis rupanya sem 1 nie . Rase macam sekejap jeh . Okay , aku belajar kat Terengganu. Bukan U *saye bukan budak pandai macam awok* tapy kolej Ranaco Education & Training Institute . Kolej yang menawarkan kos kos perkapalan . Semuanya berkaitan dengan kapal . Logitic & supply chain, Maritime, Cargo, Safety & health, Offshore, Engineering dan sijil sijil untuk korang yang kerja kat port dan nak tingkatkan korang punya pangkat pun ade di sediakan . Boleh dikatakan semua yang berkaitan kapal lah kat sini. Aku sendiri amek kos Logistic and supply chain tuh. Kos tuh tak banyak berkaitan dengan perkapalan tapy banyak berkaitan dengan gudang dan pengangkutan. Setakat nie, subjek aku semua ringan jeh. Semua subjek aku boleh bawak. Alhamdullilah. Kat Ranaco nie, femes dengan Maritime. Budak maritime nie ramai sangat. Bersepah yang amek kos tuh. Macam budak budak rumah aku. Seramai 11 orang yang amek kos tuh cuma aku seorang je yang amek kos Logistic. Ade jugak budak budak bilik aku pujuk untuk tukar kos, tapy aku taknak lah . Sebab tempat aku bersepah kerja logistic.

Sepanjang duduk di tempat orang, barulah aku belajar susah dan perit. Menahan rasa sakit hati. Terpaksa terima dengan keadaan yang kadang kadang menahan lapar. Orang kata bila dah susah baru kita lebih menghargai. Saat macam nie lah aku rindukan rumah. Rindukan kesenangan aku di JB. Yang bebas untuk bergerak ke sana ke mari. Rindu nak lepak dengan Bie. Rindu nak keluar malam dengan Bie. Kat Terengganu nie, aku macam orang patah kaki je. Nak ke sana ke mari terpaksa jalan kaki. Kalau ke bandar tuh kene naik prebet. Prebet plak mahal. Boleh kata barang barang kat Kemaman tuh mahal mahal betol. Ku sangka kan murah =='

Tapi seriously, bila dah balik rumah terasa berat jeh hati nak balik Terengganu. Kat rumah aku boleh makan ape yang aku nak. Aku boleh keluar tiap tiap malam, minggu, bulan. Aku boleh beli ape yang aku nak. Aku boleh habeskan masa dengan insan insan tersayang. Aku boleh ngerteh kat mamak sampai tengah malam. Aku boleh tengok bola dengan kawan kawan kat sana. Haihh ~ seronoknye. Aku rindukan semua tuh. Bila kat Kemaman, aku tak boleh buat semua tuh. Tiap kali cuti, aku hanya memerap jeh dalam bilik. Tido, makan, online, siapkan assignment, study untuk kuiz. Tuh jela yang mampu. Aku keluar ke bandar sana tuh baru 4 kali rasanye. Tuh pon budak budak bilik aku yang ajak and pujuk.

*budak bilik aku*

Selama 4 bulan duduk kat tempat orang nie, memang aku kene berjimat cermat. Makan bile perut betol betol lapar . Aku pulak jenis yang tak makan ayam bandar *ayam cucuk* so, agak susah lah bile lauk daging dah habes merangkak lah aku crik lauk telur pulak. Time macam nie memang sadis lahh . Kadang kadang terpaksa beli kuah and telur dadar je untuk aku makan. Tuh pun dah cukup buat aku kenyang. Kalau nak makan sedap sedap nie bile awal bulan lah. Sebab time tuh duet baru masuk. Fatin, budak bilik aku yang biasanya akan masak untuk kitorang. Boleh kate die nie pandai jugak masak. Macam itu hari, dia masak nasi pataya. Memang jadilah. Betul betul berbungkus nasi tuh dalam telur.

Kebiasaanya kalau hari ade kelas, bila tiba hari isnin dn rabu aku akan tinggal seorang diri kat rumah tuh. Isnin, kelas aku sampai jam 12 je. Lepas tuh dah takde kelas. Balik rumah tydo jer la kalau takpun Bie yang temankan aku dengan call or text. Rabu pulak kelas aku jam 3. Pagy tuh memang budak budak rumah aku dah pegy kelas. So, memang tinggal aku sorang lah jawabnye. Hari selase pulak, budak budak rumah aku takde kelas, aku je yang ade kelas. Sebab diorang kos maritim, aku kos logistik. Kos maritim memang ramai students die. Kos logistik nie tak ramai, tapi aku selesa bila tak ramai macam tuh. Sebab lecturer tuh senang nak fokus pade students die. Nak presents pon tak bengang. Kelas pun tak memekak sangat. Takde hal bile aku kene presents even stands alone. Dalam kelas aku, cuma ada 2 orang jeh perempuan. Aku & Patricia. Budak Sabah yang sangat comel dan baik hati ni. Kitorang dah macam adik beradik dah. Dua dua pakai spec. Dua Dua kecik jeh. Sorang free hair. Sorang bertudung. Sorang Islam. Sorang Kristian. Pat nie , even die kristian tapy die tak pernah berpakaian seksi. Aku memang respect die. Dary die jugak aku kenal senior senior sem 5 or sem 4. Diorang semua baek baek belaka.

Tapy fyi, kat kolej aku tuh majoriti nya lelaki. Yela, bahagian perkapalan kot. Ofc ramai lelaki an. Tetapi kebanyakkan hampeh belaka. Cuma segelintir nye sahaja yang okay. 1st time orentasi, aku terpandang sorang budak laki nie, bentuk muka die sama macam Bie ! Dary situ aku suke tengok die. Die budak sem 1 macam aku tapi kos maritim. Aku pun ade sorang kawan baik. Lelaki. Die dary Batu Pahat, Johor. Sebaya aku tapi berlainan kos. Ijen (Afiq Ashraf), die amek kos safety and health. Orangnya kurus tinggi and pakai spec macam aku. Yang aku suka pasal die, die tak same macam budak lelaki laen kat kolej aku tuh. Yang suke hu ha sane sini. Yang suka usha awek sane sini. Dia jenis yang pendiam and pemalu. Time mula mula kenal dulu pun, kitorang setakat text kat handphone je. Tak pernah duduk lepak same. Kalau terserempak pun senyum jeh.

Dia lah yang selalu tolong aku. Belikan aku tiket bus untuk balik JB. Belikan aku makanan bile aku kene tinggal sorang kat rumah time malam. Temankan aku makan kat kolej bile aku sorang. Study same same. Tolong aku amek kan slip exam final itu hari. Die yang belikan setem Hasil. Die yang tolong carikan kertas berwarne time aku dapat assignment mengejut. Senang cite die banyak membantu aku sepanjang aku kat sana. Memandangkan aku takde sesiapa kat sane dan dengan keadaan aku yang takde kenderaan lagy lah susah aku nak bergerak. At least Ijen nie ade motor so, senang untuk die bergerak. Lagypun Bie jauh, takkan nak minx tolong die jugak. Gile kaw! Tapy aku dengan Ijen tuh hanya kawan. Memang die sangat baek pade dengan aku. Aku dah banyak terhutang budi dengan die. Fyi, die tuh dah berpunya okay. Dia dah couple dengan awek dye selame 2 tahun. Jangka masa yang lama tuh. Aku pun dah berpunya. So, same same dah berpunye kan.

Sekarang nie kan, aku dah mula layan hindustan balek. Nie semua sebab pengaruh dalam bilik aku lah nie. Diorang asyik layan lagu hindustan je. Tengok movie hindustan jeh. Aku pulak sekarang tengah gilekan cerite Mohabbatein. Pehh ! cerita yang sangt sangat menyentuh hati. How to loves our parents. Memang best! Tuh lah cerita hindustan yang paling aku suke. Tapy sekarang nak carik cerita tuh memang susah. Cerita tuh kuar tahun 2005 kalau tak silap aku. Waktu tuh aku standard 6 jeh taw. Mane lah tawu sangat feel feel nie. Sekarang nie dalam handphone aku pun dah ade 2 lagu hindustan taw. Bie pon dah ikut layan same. Hehe !


Ape ape pun yang aku nak cakap, kehidupan sebagai students nie sangatlah seronok. Sebab kite dapat kenal orang dary pelbagai negeri. Ade jugak luar negara. Orang yang pebagai bangsa, agama, budaya dan kaum. Dari situ kite belajar untuk berdikari. Dari situ kite hidup sebatang kara. Dari situ kite belajar susahnye hdup di tempat orang. Dari situ kite belajar untuk suai kan diri dalam semua keadaan. Dan aku akan hargai sangat pengalaman nie =)

P/S : tapi semua nie akan jadi lagy seronok if Bie ade kat Terengganu jugak =='

12 comments:

Anonymous said...

Kak. Saye dpt course offshore engineering. saye nak tanye macam mane facility dia? Coze ade org cop tempt dia teruk..

Anonymous said...

Saye harap Kak reply.. coze im in a hard situation.. between Matrix or Ranaco... Help me plsee.. Plsee sangat2.. i wish i could hear as soon as possible...

Anonymous said...

My matrik masuk 26 may ni. And Ranaco this july.. im sced . Idk what to choose..

Syazwan Zainuddin said...

sy pun dapat tawaran ranaco ni.. & ad org cakap student die teruk skit, especially lelaki. tp sy dah decide nk masuk sini. hm... mmg x ready lg nk masuk july ni :/

ainn said...

Kak macam mana ngn tempat dekat sana ?okay ke kak ?saya takut lah . Saya kemasukan julai nie .kos occupational safety and health .

Syazwan Zainuddin said...

kos kita sama, jumpa sana nanti, hahaha:3

hanny said...

Hye dak junior mcm mna hdop kt kemaman aka bdar koboi bst x??

Elis said...

MAAF LAA TAK TERBALAS SUME COMMENT . DAH LAME TAK JENGAH BLOG . IN SHA ALLAH SUME NYE OK KAT RANACO . DIORANG DAH UPGRADE YE :)

Lieyza Skema said...

Assalamualaikum sis 😊 sy kenalkan diri sy, sy Faizatul Liza, 18, selangor. sy ada mohon offshore engineering dekat ranaco, and sy dapat. sy memang minat . hal senang dpt kerja atau tak tu bg sy depends pada student jugak kan , belajar baik2 mesti la semua org nak amek keje. ye dok? cuma sy nak tau, mcm mana belajar dekat ranaco ni? i mean, dia lebih pada kemahiran / akademik? btw sy ni tak suka sgt belajar haha. sy lebih minat pada kemahiran. boleh tak, aa awk critakan sikit2. sy ni masuk 18/7/2016. sy cuma nak tau je apa yg sy akan belajar kat sana. terima kasih

Azri said...

Lieyza Skema , saya dpt jugak offshore engineering...sme tarikh masuk dengan awak...tapi maybe saya tukr ke occupational safety & health sbb minyak pon skrg menurun...tu yg saya risau...lgpn ade org sne cakap offshore mmg bagus tpi ssh sikit belajar ye sbb belajar pasal design pelantar minyak n xkan lari dr subject fizik

Azri said...

sapa2 bole x bagitahu saya macam mane cara belajar dalam course occupational safety & health?

shafiq shafiq said...

saya diploma in marine cargo surveying . 17/7 masuk . ��