January 24, 2015

PERMULAAN BARU 2015

Assalamualaikum dear readers 

Dah sekian lama aku sepikan diri tak menaip mahupon bercerita . Saje mengasingkan diri dan menyepi sekejap ... 

Pejam celik pejam celik , aku dah habis belajar . Dah habis praktikal pon . Sekarang dah kerja kat Lotte Chemical Titan . Yup betol tu tempat aku praktikal dulu . Alhamdulilah rezeki orang kate . Aku malas nak memilih sangat . Ni pon untuk pengalaman aku jugak ... 

Betol la orang kate bile dah kerja , rindu nak jadi student . Itu lah perasaan aku sekarang . Rindunya kat Kemaman . Rindu suasana . Rindu bau . Rindu keindahan . Rindu ketenangan . Rindu life kat Kemaman . 

Bukan nya kerja tu tak best , best memang best cuma yelaa ... Banyak tanggungjawab yang kite kena cover . Name pon kerja kan . Setakat ni aku suke dengan kerja aku cume tak suke dengan boss yang agak annoying tu . Pilih kasih . Tak pro langsung jadi boss . 

Aku tengah survey survey jugak kalau ade peluang nak sambung degree atau pon amik sijil je untuk tambahkan benefit aku . Tak salah rasenye amik sijil kan ... 

Setakat tu saje aku cerita pasal kerja .. Pasal kawan kawan , setakat ni tak ramai sangat pon kawan yang aku kenal lepas dah habis belajar ni . still keep in touch dengan kawan kawan time study dulu . Mane boleh lupe diorang . Kawan kawan time belajar berdikari tu . Still keep in touch dengan abang angkat aku jugak, Paktam . Tak lupe jugak dengan senior senior yang kenal aku . Still keep in touch sampai sekarang macam tu jugak dengan junior .

Serious rindu Kemaman sangat . Rase macam time konvo nanti nak amik cuti seminggu . Nak lepaskan rindu puas puas kat sane . Nak pergi Telok Kalong . Kemasik . Pantai Penunjuk . Telok Chempedak . Kuantan . Pantai Chendor . Pantai Maknik . Pantai Cherating . Air Terjun Chemerong . Air Terjun Panching . Gambang . Aku nak jatuh cinta sekali lagi kat Kemaman ....

Cakap pasal jatuh cinta , in sha Allah kami akan melangkah ke next step dengan lebih komitmen . In sha Allah dengan izin Allah s.w.t . Kami hanya mampu merancang, Allah s.w.t yang tentukan segalanya . Harap dipermudahkan .

DOAKAN KAMI 

4 comments:

Shafiqah said...

Hai! Nak tanya, course logistics kat ranaco nih qualified by mqa tak? Thanks in advance!

Elis said...

shafiqah: di iktiraf MQA :)

Elis said...

shafiqah: di iktiraf MQA :)

Anonymous said...

Nk tny, snang x course logistics yg awk ambk tu? Pluang krja sng x dpt?